10.6.10

[TOPIK] Sebab Kenapa Aku Tak Suka Kepada Cuti Panjang.

Salam.


Hai kawan-kawan. Aku sebenarnya sedang kebuntuan lagi kebosanan untuk menhabiskan sisa sisa saki baki cuti selama tiga minggu yang diberikan. Aktiviti wajib time cuti adalah makan, tidur, online, tidur,  makan, tidur, bla. bla. bla.

Sebab tu aku tak suka bercuti lama sangat. Bukan tak suka cuti okey. Lagi-lagi time sengkek, ketiadaan wang. Nak paw duet parents pun tak boleh sangat. Jadi penyelesaiannya, sama ada suka atau tidak aku memang kene duduk umah saja. Jaga anak-anak buah yang seronok bikin bising seawal jam 9 pagi. Boleh bikin terganggu mimpi indah aku tahu.

Jadi kali ini aku ingin kongsi beberapa sebab yang menyebabkan aku tak suka kepada cuti panjang.

DUIT
Ini faktor utama. Yelah, kalau tak ada duit ke mana je aku boleh pergi. Nak-nak kalau orang ajak tengok wayang ke, main bowling dua game ke, lepak-lepak secret recipe. Tempat mesti nak top je kan. Mahu tak bankrap aku. Ahaha.

BERAT BADAN
Setiap kali cuti mesti berat badan aku bertambah. Mana tak nya, asal bosan saja makan, asal makan saja bosan. Pastu tidur, memang terbaiklah kan? Sampaikan maka aku pun pening tengak aku ulang aling, lalu lalang kedapur selalu. Buka pintu peti ais, almari cari makanan. Walaupun aku tahu semua makanan telah habis aku baham. Wakaka.

KETIADAAN KAWAN
Dikawasan kejiranan aku ini memang aku tak ada kawan yang sekepala, sebantal. Ahaha. Bukan aku sombong okey. Jangan nak bua andaian yang bukan-bukan. Kalau mereka ajak keluar, aku on saja.

Sudahlah tu je sebab musabab yang aku nak kemukakan. Kalau anda nak tambah, sila tambah di ruang komen okey.

Sekian, wassalam.

22 comments:

liyana aziz said...

betul tu.. macam yana, bila x cuti nak cuti, bila cuti nak naik cuti.. aduh.. manusia x penah puas ark?? wakakakak... cuti panjang yg memboringkan.. kan kan kan??

amin said...

aq pun sama gak..kebosanan cuti lama2..sbab tuh aq aq ambik intersesi

hans said...

aku suka plak cuti lama2 nih
macam2 boleh buat

Greenrose1213 said...

btul2~
cuti 2bulan++
ni pon da kt USM jd sukarelawan SUKUM..
haha! at least 3minggu cuti sy dihabiskan dgn prog selain
duk umah, on9, makan, tdo..
hahaha!

zikeryhassan said...

tau xpe. bila xcuti sibuk crik cuti. bila da cuti xsabar nk ada kls. haish.

zikeryhassan said...

mmg la mcm boleh buat. tp kalau sebab di atas menjelma satu benda pun xboleh buat kot.

zikeryhassan said...

ouh bagos. at least boleh isi masa kn.

zikeryhassan said...

ok lah tu. kalau dpt fulus mst aku pun join program2 sukarelawan. ahaha.

Syafiqashafie said...

hehehe,.gemuk la ko pasnih,.wakakakak,.

iniAKU said...

btol, aku pon nyampah kalo cuti lame2..mati kutu dibuatnye..boosann..huhu

zikeryhassan said...

bukan gemok la. comel je.

zikeryhassan said...

tau xpe

Fatin Aliyya said...

aku pon bosan gak bila cuti tatw nk wat per..adoyai..

zikeryhassan said...

fatin,

ukur la rumah tu. tak pun gi la bercucuk tanam ke kan.

Unknown said...

oh tidak, cuti la segalanye.ngee. mungkin sbb mak bapak asik topup makanan kat dapur sbb xnak ktrg buat kecoh.

zikeryhassan said...

amalina rashid,

lepas tu berat pun bertambah kn? ahakz

hans said...

aku suka cuti panjang
best kut
jimat duit
kurus


p/s : Episod 32 Siri ADKDA Sudah Boleh Dilayari Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-32.html

zikeryhassan said...

hans,

tang jimat duit tu setuju,
tang kurus aku tak rasa.
ahaha.

Iza said...

Malangnya aku x pernah merasai cuti (housewife) tp kalau bercuti selalu la.....

zikeryhassan said...

what else to say. da itu sebahagian tanggungjawabnye kan.

Unknown said...

tak suka jugak
sbb mst sengkek
tp bestnye bila holiday dgn family
tu je
hehehehe

zikeryhassan said...

kalau holiday ngan family mmg la best sebab kita tak keluar duit. hehe

Blog Widget by LinkWithin