18.6.09

sentimen kenegaraan yang keji

salam.

aku sebenarnya tidak suka nak bercerita
sesuatu perkara yang mempunyai sentimen-sentimen
perkauman, kenegaraan, kebangsaan dan seumpananya.
tapi aku rasa aku terpaksa juga cakap kat sini.

tadi sedang aku seronok-seronok online di myspace.
aku telah membaca satu buletin dari seorang rakan.
beliau telah meng-link-kan satu page yang penuh
dengan diskriminasi kenegaraan yang sangat keji.

aku telah melihatnya sendiri dengan pancaindera aku.
aku malas berkata apa-apa untuk perkara tersebut.
bukan aku tiada sifat patriotik atau apa.
tapi bagi aku jika kita terusan begitu sampai
bila-bila pun kita tidak akan maju dan disegani.

asyik mencari salah orang. mencaci maki orang lain.
janganlah kita fikir diri kita terlalu hebat dan bagus.
sedangkan Allah dah menciptakan kita dengan
pelbagai kelebihan dan kekurangan untuk kita
saling membantu dan berkerjasama.

jadi korang semua ada akal untuk berfikir.
ada agama yang dipegang untuk hidup.
buatlah penilaian yang terbaik terhadap perkara ini.
aku lihat bukan hanya di my space sendiri
ada juga segelintir manusia yang membuat perkara
sama di dunia tanpa sempadan ini
seperti di youtube dan sebagainya.

dengan ini aku sertakan link
ke my space yang telah mencaci kedaulatan
negara kita yang tercinta ini.
sama-samalah kita nilai okey.


PASUKAN ANTI MALINGSIA




berfikir menggunakan akal dan iman.

wassalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin