sedar tak sedar, sudah setahun aku menjadi blogger. aku pun tak perasan lol. tadi saje tengok-tengok balik oldest entries baru perasan. huhu. apelah aku ni kan? ;)) dan dalam setaun ini gaklah aku tak penah tukar layout aku. dari mule mule aku start berblog sampailah sekarang. huhu. so, aku akan memperbaharui layout aku tok kali ini. nak kasi nampak baru sikit seiring ngan setahun kewujudan blog aku ini. harap-harap menjadilah ek. sebab agak susah gak la nak bwat nye. tape-tape aku akan berusaha tok kepentingan sume. haha. setelah bertungkus lumus, alhamdulillah menjadi juag. so, apa korang rasa? okey ke tak okey? berikanlah pendapat anda okey.
sempena ulang tahun petama ini juga aku nak ceritalah macam mane aku boleh terjebak as blogger. asalnya dulu, aku suka sangat baca blog-blog orang lain. dari satu blog ke satu blog aku baca. jadi dari situlah ilham datang kepada aku untuk berblog. haha. lagi pun aku ni sangat suka lah kan merepek tak tentu hala. jadi dengan itu, muncullah blog aku ni. aku namakan blog aku ni, AKU TETAP AKU. sebabnya, aku adalah aku dan aku tetap aku. takkan jadi yang lain untuk kebahagian orang. faham tak? haha. kalau korang tak faham, korang buat-buat faham lah ek. malas aku nak terangkan satu persatu. aku buat blog ini juga sebab nak mengisi masa lapang aku selepas habis sekolah. aku start post blog pada tarikh 29 april 2008. huhu. masa itu entah pape entah aku post. otak time tu agak kurang idea yang best untuk menulis.
sepanjang setahun ini aku rasa da 2 post aku delete. sebabnya, ada orang yang senang dengan entri tersebut. yang kedua tu baru je berlaku.
so sekarang aku nak cerita serba sedikit okey supaya korang tahu siapa aku. haha. nama aku Muhammad Zikery Bin Hassan. dilahirkan di Hospital Kajang pada 19 Ogos 1990. aku mendapat pendidikan awal di SK Dato' Abu Bakar Baginda (1997-2002). kemudian melanjutkan pelajaran ke SMK Jalan Reko, Kajang (2003- Februari 2006), SM Teknik Sepang (Februari 2006-2007) dan sekarang di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan (14 Julai 2008-sekarang). aku seorang yang positif dan sangat open minded, banyak cakap dan apa lagi entah. aku suka berkawan dengan sesiapa pun. muzik itu jiwa aku tanpa muzik aku akan rasa sunyi je. sampai tidur pun aku dengar muzik. aku layan semua jenis lagu asalkan aku rasa ia best tapi aku tak layan hardcode dan muzik yang keras okey.suka habiskan masa dengan online. aku ada ym, skype, myspace, friendster, facebook dan blog saja. kalau korang ada jumpa aku kat mana-mana web sosial yang lain, itu bukan aku kot. haha.
so rasanya da cukup panjang kot ni. haha. sekian terima kasih. adiosa. salam;))
2 comments:
tahniah!!
suah sethn anda berblog!~
truskn usaha!
sory ye..nk tnye dulu sek agama rendah kt dato abu bakar baginda x?
Post a Comment