23.7.10

Akan Ku Jumpa.

Salam.

walaupun jalan ke depan, sejarah di belakang jangan dilupakan


Perjalanan sebuah penghidupan di muka bumi ini takkan pernah terlepas dari sebarang dugaan. Godaan serta dugaan itulah yang akan mematangkan kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke sehari. 

Janganlah kita pernah cuba untuk berhenti melangkah atau berlari dalam mencari erti sebuah penghidupan yang akan menjamin kebahagian di hari pembalasan kelak.

Memang sebagai manusia biasa. Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Namun, apabila kita sudah sedar akan kekhilafan itu, segeralah memperbetulkannya agar ia tidak memakan diri kita balik.


lagu ini ada dua versi. satu lagi versi dinyanyikan oleh nadia aqilah bajuri


Aku juga dalam proses memperbaiki kelemahan diri. Jadi sama-samalah kita berusaha untuk melakukan perubahan demi sebuah kebaikan. Bukan mahu menjadi sempurna, tapi sekadar mahu menjadi yang terbaik selagi daya.

Maaf ku pohon andai ada kesilapan. Tegur-tegurlah apa yang patot. Insya Allah akan aku perbaiki kelemahan tersebut.

Sekian, wassalam.

7 comments:

Nas said...

kita sbg manusia...mmg lah xdapat elakkan dr membuat kesilapan....
harap2 kita dapat elak dr buat ksilapan balik..:)


jom bace entri terbaru nas klik:

ukiran buah-buahan yang menarik

zikeryhassan said...

nas ; kalau dah tahu kita buat silap cepat2 perbetulkan kesilapan kita.

Unknown said...

amin2...same2 kite mnjd lbh baik:)

Zikri Husaini said...

selamat beramal anda semua...

hans said...

tiada manusia yang sempurna
semua melakukan kesalahan
kita tegurlah dengan cara berhemah


P/S : Review Film : Ong Bak 3 Memang Lucu! Hahaha!

Zullism said...

tiada manusia yang sempurna...kita kena selalu belajar dari kesilapan...

Fatin Aliyya said...

entry ko ni wat aku trngt kt somebody in my past..huhu..

bt2l even kita idop utk ms ni to jgn sesekali kt lpa sjrh yg lepas.

Blog Widget by LinkWithin