25.7.10

[TOPIK] Why I Say No To Couple.

Salam.

Indah sungguh hujung minggu dibasahi hujan yang turun begitu lebat sekali. Tidur menjadi keutamaan. Bangun memang lewat la kan. Bangun-bangun menghabiskan masa yang emas begitu sahaja bersama kawan-kawan. Ya dengan kawan-kawan lagi seronok. Aku bukan macam kau, kamu, anda dan korang. Sibuk berdating dengan kekasih hati.

Aku memang tak suka bercinta. Jangan ajak aku bercinta. Bukan aku jual mahal atau takde orang nak dekat aku. Tapi aku dapat mengenal pasti beberapa perkara yang membuatkan aku say no to couple. Banyak benda yang aku boleh fikirkan selain dari bercinta. 




Berikut mengapa aku say no to couple :

WANG RINGGIT
Aku bukan jutawan mahupun anak jutawan. Duit yang ada sekarang ni pun belum tentu cukup nak tampung aku makan minun kat sini. Tu belum tolak duit belanja itu ini. Jalan sana sini lagi tu. Macam mana la aku nak belanja awek aku kan. Hidup sendiri pun terumbang ambing. Jadi baik aku single.

MASA
Aku ni susah sikit nak luangkan masa dengan someone yang tak ada depan mata ni. Kalau tengah syok main masej tu, last2 awek aku tu nanti kene tinggal macam tu. Sama ada aku leka online, borak-borak dengan kawan-kawan, buat assignment tak pun aku tertidur. Tak pasal awek aku merajuk, aku kena pujuk satu hal lagi. Dah la aku tak reti nak memujuk. Jadi baik aku single.

JANJI
After broke up dengan ex aku yang sebelum ni aku berjanji pada diri sendiri untuk tidak couple dengan sesiapa until aku berada di tahun akhir pengajian aku. Walaupun kawan-kawan aku yang rapat beranggapan aku tak mampu nak penuhi janji tu, tapi aku akan cuba sedaya upaya bertahan. Ingat aku tak boleh hidup ke tanpa cinta. Lebih baik fokus pada study aku. Aku tak nak mungkin pada janji. Jadi baik aku single.

Aku rasa tu je reason yang aku boleh share dengan korang semua. Selebihnya, biarlah menjadi rahsia yang aku simpan untuk diri sendiri. 

Lepas ini jangan ada pula yang beranggapan aku poyo ke. Jual mahal ke. Hape ke. Setiap apa yang kita lakukan mesti bersebab. Aku juga mempunyai sebab mengapa aku bersikap sombong pada yang mahu menjadi lebih dari seorang kawan dengan aku.

Aku minta maaf. Mungkin aku bukan yang terbaik. Carilah yang lebih baik dari aku.

Sekian, wassalam.


14 comments:

Nur Areefah said...

setuju jugak tu..
kalau nak, baek kawen terus XD

zikeryhassan said...

Nur Areefah ; itu yang saya mahukan :)

Liyana said...

sy xkapel.. xkesah pun..
sebab sy tau sy xmampu lgi..
sebab sy ada hutang yg sy perlu bayar lg..

*bolehnya hidup xde kapel nih..*

zikeryhassan said...

Liyana ; hidup single lagi seronok kot.

RasyidHamid said...

duet2 mane nak crik nih.....

zikeryhassan said...

acitspace ; kat bank ada banyak duet.

hans said...

duit la masalah utama dia
hohoho

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

zikeryhassan said...

hans ; sekarang ni banyak benda yg perlukan duit. nak masok public toilet pun kena bayar kan. ni lagi mau ada aweks

Boy said...

single la besh :P

Fatin Aliyya said...

relax zik, itukn hak asasi manusia.x per, x mati pon aklo ko x kapel...yg ontg ko tawu apa yg terbaik utk ko..

dh2 x mo sedih2..cool ok.

zikeryhassan said...

boy ; single memang sangat best!

Fatin Aliyya ; jalan hidup kita berbeza. pendirian kita juga berbeza. so jdi diri sendiri je. btw, aku sentiasa cool.

achik ezam said...

cinta akan datang tanpa diundang.....cekidout~

Cik Aya said...

yeah...sokong ar...
SAY NO TO LOVE...
single is simple..couple is trouble...heheheh

zikeryhassan said...

ezam ; yes!


cookie_jar ; sokong !

Blog Widget by LinkWithin