18.7.10

Kalau Aku Pemalas...

AMARAN : ini adalah entri emo!


Salam.

First of all, sila tinggalkan page ini jika anda tidak sanggup untuk membaca bebelan aku. Senang je caranya. Nampak tanda X di penjuru kanan anda. Sila halakan tetikus anda ke situ. Kemudian tekan saja. Mudah bukan? 

Bagi aku semua manusia ada sifat malas. Aku pun tak dapat lari dari sifat tu. Cuma kita kenalah pandai kawal sifat tersebut dari terusan merebak. Paksa diri untuk jadi rajin juga. Jangan sampai malas kita tu menyusahkan orang lain.



Kalau aku pemalas, kau 100 kali kali lebih malas dari aku. Tahu? Semalas-malas aku pun, aku tahu aku punya kerja. Lagi-lagi kerja berkumpulan. Ni yang malas bila dapat sleeping partner. Kalau sleeping partner betul-betul best gak. Ni sleeping partner yang tak mendatangkan hasil tapi mendatangkan susah.

Bila dah kerja secara berkumpulan haruslah ada kerjasama. Kerja sama-sama. Bukan yang lain buat kerja, kau sedap-sedap je rileks. Hampeh betul perangai macam tu. Jangan ingat kawan-kawan yang lain tu tak sibuk dengan kerja-kerja lain juga.
Okeylah tu jelah. Malas cerita panjang-panjang.

Sekian, terima kasih



12 comments:

myFirdaus said...

bro... aku pham situasi ko.... ble dpat sleeping partner, sape x hangin dowh... nak2 kalau bab2 presnetation.... kebiasaanya jenis aku ni, aku akan pstikan diri aku on the front... make sure lecturer perasan yg kita berusaha lbey dr org lain.... dgn itu laa lecturer sedar sape buat keje and sape x buat...

ain fathihah fhm said...

memang geram. sleeping partner selalunya cuma kisah nak buat cover report/tugasan saja. sebab nak pastikan ada nama dia juga

Anonymous said...

merasakan bnd y sme gak,,xsuke glew,,,

zikeryhassan said...

firdaus ; betol2. aku pun akan jadi mcm tu. hehe.

ain fathihah ; betol gak. dia gak akan printkan.

is ; aku rasa kau tau sapa yg aku mksdkn. hehe.

Zikri Husaini said...

sabau jela... tapi kalau kerja teamwork kalau betul2 buat sama2.. hasilnya memang memberangsangkan... tapi kalau dah buat sorang2... susah jadinya.. grrr..

hans said...

aku bila malas..malas betul
kalau rajin...rajin betul


den nak kongsi video yang mampu buat ekau muda 10 tahun dari usia sebenar selepas menontonnya

p/s : Lagu Waka Waka versi terbaru..Shakira Kalau Tengok Nih Confirm Nangis

zikeryhassan said...

hans ; sama la kite.

zik ; btol tu. org soh keje dlm kumpulan supaya dpt hasil yg gempak. bkn hasil yg ala kadar je.

darkbatman said...

biasela 2 bro.. sleeping partner ne kite kene salu simbah air bru nk gerak keje.hehe

zikeryhassan said...

darkbatman ; aku da ketok2 guna pahat pon xreti2 bahasa gak. tu yg panas tu

sya mansor said...

setuju ngan ain fatihah. time nak buat cover je sibuk menyelit. siku laju2 kang baru tau

zikeryhassan said...

sya mansor ; dorg menyelit sebab takot nama dorg tercicir.

SYAFIQASHAFIE said...

okay2,.ak pon marah gak,.pasnih ko leh marah je sesape yg ko ske,.ak tak complain da,.sedar ko wat to kebaikan,.uhuhu T__T

Blog Widget by LinkWithin