19.3.11

Aku Pencoret Picisan

Assalamualaikum.




Andai suatu hari nanti,
Tiada lagi oksigen yang mampu ku sedut,
Kesemua kudrat ku telah hilang,
Kewarasan aku di tahap kritikal,
Jadilah tempat ini sebagai kenangan kita,

Mungkin aku tak mampu menambah isinya,
Agar isi yang telah tercoret sehingga kini,
Segala yang telah tergambar cantik,
Mampu membuat anda tersenyum seketika,
Mengambil ikhtibar untuk sempadan,

Aku sekadar pencoret picisan lemah,
Hanyalah perakaman filem menggamit memori,
Penuh dengan noda kekhilafah di dunia fana,
Maafkan aku sehingga akhirat abadi,
Kerana ini tempat kita belajar bersama.




Sekian, wassalam

3 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

betul tu..blog ni boleh kita baca time kita dah tua nnti...boleh kita ingat kisah2 yg berlalu...:P

Mahirararara said...

berpuitis dia ;)

Fatin Aliyya said...

nice.like i said b4, zik kau patot bukukan karya2 kau.aku suka sngt baca. good job :)

Blog Widget by LinkWithin