15.5.11

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Assalamualaikum.


Terima kasih kepada semua yang join segmen "Kalaulah Aku Seorang Guru". Walapun tak de la ramai mana yang join, tapi okey la kan. Blog picisan saja blog aku ni. Untuk review blog bagi segmen tersebut aku akan lakukan pada entri akan datang. Insya Allah.




Esok hari Isnin, 16 Mei 2011 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1432H. Seperti yang kita sedia tahu, 16 Mei telah ditetapkan sebagai Sambutan Hari Guru di Malaysia. Tema sambutan hari tahun ini adalah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya dari tadika, sekolah rendah, sekolah rendah agaman, sekolah menengah, sekolah teknik, para pensyarah saya, guru-guru yang ada kat seluruh pelusuk Malaysia, bakal-bakal guru masa depan dan tak lupa juga pada diri sendiri. Semoga kita semua mampu mentransformasi para pelajar kita. Insya Allah. Semoga dengan sedikit pengorbanan dan keringat yang disalurkan buat pelajar kita mendapat keredhaan dari Allah Taala. Amiin.

Sesungguhnya, untuk menjadi seorang guru bukanlah semudah yang disangkakan. Terlalu banyak cabaran, rintangan, halangan dan etika perguruan yang perlu kita depani. Semoga mereka yang bergelar pendidik ini terus tabah dan gigih dalam mendepani cabaran itu. Jangan cepat mengalah. Jadilah seorang yang efektif dan produktif serta kreatif dalam menangani segala permasalahan. Tugas guru bukanlah sekadar mengajar tetapi mendidik.

Akhir kata, terima kasih kepada semua warga pendidik. Tanpamu siapalah aku hari ni. Sebagai penutup jom sama-sama kita baca sajak di bawah ni. 


Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa,
Jika Hari Ini Seorang Raja Menaiki Takhta,
Jika Hari Ini Seorang Presiden Sebuah Negara,
Jika Hari Ini Seorang Ulama Yang Mulia,
Jika Hari Ini Seorang Peguam Menang Bicara,
Jika Hari Ini Seorang Penulis Terkemuka,
Jika Hari Ini Siapa Saja Menjadi Dewasa,
Sejarahnya Dimulakan Oleh Seorang Guru Biasa.



Sekian, wassalam.

8 comments:

Mahirararara said...

saya mewakili seluruh rakyat di pelosok facebook & twitter mengucapkan Selamat Hari Guru !

ehhe :)

ouch banner itu cantik!

aslann said...

Terima kasih zik, hasil didikan cikgu, cikgu tengok zik dah semakin matang. sejuk perut cikgu bace entri zik, walaupun cikgu tak pernah mengandungkan zik, cikgu cuba buat2 sejukkan perut cikgu, dengan letak ais kat perut cikgu yang seksi tu.

Ingat lagi dulu, masa zik tahun satu, masa cikgu ngajar bahasa jawa. zik cakap nak ke tandas, tp cikgu xpaham ape zik cakap. sbb zik cakap dalam bahasa tamil. cikgu pun biarkan jelah zik membebel dalam bahasa tamil tu, rupa2nya zik nak berak. tak sangka zik berak atas meja cikgu. sabor jelah cikgu mase tu.

Tapi tu dulu, skrg zik dah jadi blogger famous. cikgu bangga dengan pencapaian zik skrg. cikgu xleh menaip banyak2.okla zik. selamat berjaya zik.

Ikhlas dari cikgu
Aslann As.

Siti Nadzirah Zakariah said...

selamat hari guru. saya x sabar menunggu hari esok. sangat excited!!

Farhan Zulhusmi said...

sebenarnya...
semua orang adalah guru kita...
slagi dy pernah berkongsi ilmu dengan kita itu dinamakan guru..walaupn sedikit mana sekali pun..kan???

SyedGraphix Dot Com said...

selamat hari guru cekguuu! nak hadiah!! :)

Sebenarnya banyak mende nak tuliss. tapi, dek kerana sebak.. adehh.. sikit je jadinya T_T . http://www.syedgraphix.com/2011/05/rindukan-suasana-sekolah-dan-16-may.html

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

yup2..aku setuju tanpa guru siapalah kita..banyak ilmu kita dapat daripada seorang guru ..

selamat hari guru buat semua guru2 =)

Unknown said...

hehe..apik join nk wish selamat ari guru..hehehe

Mohd Hazwan said...

tanpa guru siapalah kita.....

Blog Widget by LinkWithin