8.5.11

Imbas Kembali

Assalamualaikum.



- Dulu masa kecil-kecil aku selalu kena libas dengan tali pinggang abah oleh mak. Liat nak solat punya pasal.
- Time tadika, kalau mak tak hantar aku tak nak pergi tadika.
- Masa sekolah rendah, aku liat nak bangun pagi. Jadi mak akan heret aku masuk bilik air dan jirus aku dengan air, gosokkan gigi aku, sabunkan aku.
- Tabiat aku dulu sebelum tidur mesti nak kena minum milo dulu, aku gesel-gesel kat mak je dia dah tau da apa aku nak. Haha.
- Naik sekolah menengah, mak akan bangun sebelum subuh sebab nak kejutkan aku bangun mandi sebelum abah mandi untuk pergi sekolah. Pastu, mak akan buat milo untuk aku minum sebelum pergi tunggu bas pukol 6.30 pagi.
- Lepas aku masuk teknik, aku lebih banyak berdikari. Masa apply tu, mak suruh mintak yang dekat je. Katanya senang kalau ada pape nanti. Padahal dia, risaukan aku. Hihi.
- Sekarang aku belajar jauh. Kalau tak telefon mak, mesti dia buat ayat touching dengan aku. Kata aku dah lupa dia.
- Kalau aku tak ada kat rumah waktu-waktu malam macam ni, memang sunyi je rumah. Sebab kat rumah dah tak ada siapa dah.


Terima kasih untuk segalanya. Ini lagu khas untuk mak. Hihi :)




Best tak mak. You are my girlfriend ever! 




|| aku memang agak manja dengan mak. so, ada aku kisah korang nak ngata aku? haha


Sekian, wassalam.


10 comments:

Halimatun Sa'adiah said...

baguihh ank mak ni....
skang ni milo bancuh sendri la kn..

zikeryhassan said...

@halimatun ; yup! bancuh sendiri. hihi

iekasub said...

zikeryhassan sweet sangat! :D

aiex sepet said...

anak mak itu awesome!!

mahirahnazlim said...

sy syg girlfriend saya jugak !

zikeryhassan said...

@iekasub ; sweet la sangat kan?

zikeryhassan said...

@aiex sepet ; yeah! setuju dengan kau

zikeryhassan said...

@mahirah ; gudgirl

apik pehe said...

hehe..sweet jugak upenyer..hehee..

hawiz said...

giler r zik..dh tukar header..hihi

Blog Widget by LinkWithin