30.5.11

Tanya Fahmi: Buli, Buli Dan Buli!!!!

Assalamualaikum





Kita terus ke agenda yang sebetulnya. Entri ni adalah entri untuk segmen dari abam #retis Fahmi. Dia dah ajak aku join segmen dia, jadi aku pun join je la, walaupun soalan untuk segmen dia banyak. Ahaha. Tapi kita redah kasi pecah je la okey.

Jom baca jawapan aku terhadap persoalan yang diajukan abam #retis tu.

1) Apa yang anda faham dengan perkataan buli?
Menurut kamus pelajar buli bermaksud bahagian tubuh manusia dsb yg menggelembung dan berisi sesuatu. Menurut aku pula, buli adalah perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan dari segi fizikal dan mungkin juga mental.


2) Anda ada pengalaman dibuli ataupun membuli? Kongsikan.
Secara jujurnya, aku tak pernah terlibat dalam aktiviti seperti ini, baik sebagai pelaku atau mangsa.


3) Kalau anda dibuli disekolah, apa anda akan lakukan?
Kalau takat kena tiup lampu sampai terpadam tu, bagi aku bukan benda berat pon. It's just for fun. Tapi kalau sehingga menyebabkan si mangsa cedera, meninggal dunia, perlulah diambil tindakan yang setimpal. Tindakan yang setimpal tu maksud aku, bukannya kita buli balik si pelaku atau apa. Ibu bapa, atau guru sendiri boleh sama-sama fikir tindakan yang sesuai. Tapi pastikan tindakan yang diambil tu bukan mengikut emosi.


4) Hayati situasi ini...Anda seorang yang sangat nakal dan pada suatu hari senior anda telah pukul anda untuk memberi pengajaran. Apakah tindakan anda? Mengadu kepada ibu bapa dan serang sekolah atau terima ia sebagai satu pengajaran?
Jadikan ia sebagai pengajaran sudah. Ibu bapa seharusnya jangan masuk campur sangat dalam kes budak-budak ni, sampai nak serang-serang sekolah mahupun pembuli. Setiap benda yang berlaku pasti ada puncanya, jadi cari punca dan selesaikannya secara rasional.


5) Hayati situasi ini...Anda mempunyai seorang anak yang sangat nakal dan perangai macam tutt..Tiba-tiba suatu hari dia mengadu ada senior pukul dia. Apa yang akan anda lakukan sebagai seorang ibu ataupun ayah??
Aku akan ucapkan padan muka. Bukan tak sayang anak, tapi macam aku cakap tadi, mesti ada sebab kenapa benda tu berlaku. Contohnya, anak aku tu kerek sangat ke, menjadi pembuli ke kan? Jangan percaya sangat kepada anak-anak anda 100%. Tipulah kalau anda sendiri tak pernah nak menipu walaupun sekali pada parents korang kan?


6) Apa pengajaran anda dapat dari segmen ini?
Bagi aku buli ni benda biasa yang terjadi bila duduk di hostel. Tak kira di sekolah, mahupun IPT. Buli tu boleh berlaku secara fizikal mahupun mental. Semua orang pernah membuli kot. Baik secara terang-terangan atau sembunyi. Pada ibu bapa jangan cepat melatah sangat. Kalau setakat buli tapi tak memberi kecederaan pada anak anda, chill je la. Ahaha.


7) Tag 2 orang kawan anda yang rasa-rasa mereka itu mangsa buli ataupun kaki buli
Sapa rasa nak join, pergi la join segmen ni, kat blog #retis ni ----> Fahmi





|| ini semua hanya pandangan peribadi dari aku.




Sekian, wassalam.


6 comments:

FAHMI said...

Awal aku terharu kau sanggup join.bila baca rasa nak cekik kau.dari awal sampai abis ngn retis kau tu.nak kena bakar rumah?hahahah

Hans Hanis said...

hahaha
tunggu ko ada anak
lepas tu nanti tgok balin entry nih tau
hahahaha

Unknown said...

hehe..setakat ni tak penah lagi buli orang..apik jer la yang buli

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

buli?..xcool pun..haha

jauhi amala buli..hidup sehat tanpa buli..keh3

hai #retis jugak..

Anonymous said...

chemay tak pernah buli orang..
chemay baikkk.
:P

scya lollita said...

pembuli membuli kerana dibuli ;D

Blog Widget by LinkWithin