16.4.11

Kopi Menunggu Petang

Assalamualaikum.




Ini adalah entri republish. Entri ini diterbitkan masa aku mula berblog dulu.






Ramai antara kita menyimpan cita-cita, bekerja keras sekarang supaya apabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat. Kita merasakan apabila berumur 56 ataupun 58 tahun, kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab. Bangun pagi, sesudah solat Subuh dan membaca al-Quran, dapat baca surat khabar sambil minum kopi, kemudian berehat menunggu petang.



Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan halaman rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain, sementara menunggu datang waktu malam. Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan dan tanggungjawab berlipat kali ganda di hadapan kita. Kita menjadi cepat sensitif. Kita mahu dikenali, diingati dan berbegai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri orang pencen. Seorang yang sibuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya. Apabila dia sibuk mencari harta, dia terus sibuk mencari harta, tidak senang berada di rumah, minum kopi menunggu petang.


Sebabnya, apa-apa yang kita lazimkan sehari-harian, maka pada usia tua menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang yang suka bangun pagi pada usia muda, dia akan bersikap sedemikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Itulah tabiat yang patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak muda supaya tabiat itu melekat sampai ke tua.





||sama-sama kita renungkan :)


Sekian, wassalam.

6 comments:

xazryx said...

wow .terbaek la .tp tu la .kata org perangai dari zaman muda mmg susah nk tanggal smp tua .tangan gatal je nk wat keje .

Unknown said...

betol tu..apik sejak kecik duk kutil kuku..smpai ke skang kutil lag..si dia duk marah2..

Nizam said...

betul tu...sebenarnya kalau nak lihat macam mana kita bila tua..tengoklah perangai kita sekarang...sebab ia tidak banyak beza melainkan orang tu betul-betul berubah sebelum mencapai usia tua...
tabiat mempengaruhi perangai seseorang kan?

SyedGraphix Dot Com said...

macam org tua minum kopi. hahahhaa

faisal apardi said...

yeah kalau nak beribat tak perlu nak tunggu tua..patutnya dari muda dah kuat dah...

http://faisalapardi.com/

Unknown said...

orang kata kalau benda yang kita buat 40 hari berturut2 akan menyebabkan kita terbiasa buat benda tu

Blog Widget by LinkWithin