19.4.11

Lelaki, Perempuan dan Memasak

Assalamualaikum.


Seperti yang diketahui umum, kebanyakkan chef-chef yang hebat dan terkenal adalah terdiri dari kaum lelaki. Bukan mahu menafikan sehebatan kaum hawa. Bagi aku masakan mak aku adalah terbaik jika mahu dibandingkan dengan masakan chef terkemuka. Namun, bukan itu yang aku mahu bicarakan untuk kali ini. Bicara kita untuk kali ini adalah kepandai memasak.




Apa pendapat korang tentang ini. Lagi-lagi kaum hawa. Adakah lelaki yang pandai memasak seperti aku yang menjadi pujaan hati korang? Bagi lelaki sendiri, adakah kegiatan memasak hanya orang perempuan je yang perlu pandai. Aku rasa sebagai seorang lelaki juga kita harus dan boleh jadi wajib kot untuk pandai masak.

Cuba korang bayangkan kalau korang duduk bujang, takkanlah korang nak habiskan duit korang untuk makan kat kedai saja kan? Pastu, bila sampai hujung bulan atau hujung sem mencekik maggi je. Pendapat aku, lebih baik korang memasak sendiri. Sedap tak sedap itu belakang kira. Janji saving dan perut kenyang. Kepandaian memasak tu korang boleh asah. Macam aku mula masak dulu, memang tunggang langgang juga dapur aku kerjakan. Rasa masakan aku, tak yah cerita lah kan? Janji lepas untuk diri sendiri tu pun da cukup baik da. Practice makes perfect right?

Bagi kaum hawa pula, jangan ingat dunia serba canggih ni korang tak perlu terer memasak pula. Aku yakin, ada segelintir dari kaum perempuan yang tak reti dan allergic untuk masuk ke dapur dan memasak. Kalaulah korang macam tu, memang takde kot mak mertua yang nak kat korang. Hehe. Dengan kehebatan korang memasak juga, mampu menambat hati suami korang tau. Air tangan korang juga mampu memberi kebahagiaan seisi keluarga. Kalau hari-hari makan kat luar, baik korang bagi je suami korang tu kahwin dengan tukang masak kat kedai tu. Tu pun kalau tukang masak tu perempuan la. Jadi kalau tak pandai, maka belajarlah.




So kesimpulannya, tak kisah lelaki atau perempuan kenalah pandai memasak. At least kalau time terdesak takde la kebulur dan kelaparan kan? Kalau tak reti, belajarlah. Tak salah dan tak rugi pun kalau korang pandai memasak.





|| aku selalu masak kat hostel. ahaha. walaupun tak boleh. 




Sekian, wassalam

16 comments:

Unknown said...

aku leh je masak,,,ko cakap je nak makan pe,,hahaha, :P

zik,,,masakkan aku soto,,,haha :P

Kicap Manis Media said...

Of course la SM pandai masak ye. Nak makan apa cakp! Kari kepala ikan? yum yum! :)

jaya jr said...

haha,aku ngn roomate ok je masak2 walopon peraturan hostel tak leh bawak periuk

Traveler said...

cika paling pandai masak ...tye isz kalo tak caye..hehe

aiex sepet said...

masak xperlu terrer..rajin dan hati yg ikhlas je,ye dak? :D

nora said...

cuba bagi akak rasa dulu masakan ko..
sedap ke tidak.kalau setakat meggi je ko reti zik kita dua lebih kurang je la...gagagaggagaga...

bila cakap pasal masak ni..hmmmm my bf lagi terror masak2 ni.

*tension*

Mohd Hazwan said...

best jugak bila masak...
terasa macam chef wan pulak beraksi di dapur....ting tang ting tang bunyi sudip dan kuali

Mahirararara said...

masak yg biasa3 je boleh la . tapi buat kek itu kepakaran saya ! hehe zik nak kek coklat tak ? nnti sy buatkan haha

Jey said...

bg pompuan..ikat perut suami dgn masakan anda..yeah!!

Nazifa M.Zali said...

sokong!lelaki kalo reti msk mmg sedap!

ehem2.sy reti masak taw =p

eRza farEeha said...

wahh..pndi memasak ye..
chef lelaki xbyk kerenah..tu seap die masak kn..hiih

tricksrex said...

kekekeke
suka topik ni
yup yup tak kira la laki ke pempuan ke khunsa ke mesti reti masak
bukan pandai tapi at least reti la kan

Unknown said...

haha..xtau la apik biler masok alam kerja nanti..maybe kena masak sendiri kot..haha

PeNgEmiS dUniA said...

aku smp skang xreti2 masak , xpela zik , aku nak bagi can kt pompuan blaja msk dulu . yg penting bini aku nanti tau wt sambal blacn ! tu wajib ! haha

cikgu fiQ said...

hehe!bLogwalking here...knp seliper jepun eyh?
follow lah sy kaLu sudi~
http://simpleasfiq.blogspot.com/

Unknown said...

tau xper..beza sikit jer pon laki dengan ppuan..hehe

Blog Widget by LinkWithin