4.4.11

Keluhan Jiwa Kacau

Assalamualaikum.




Pertama-tama kali aku ingin memohom maaf kerana sudah jarang untuk meng-update blog aku yang tak seberapa ni. Bukan busy, mahupun kekurangan idea. Tapi mood aku untuk menaip entri semakin down. Tapi tak bermakna aku tak menerjah blog korang, tak memberi komen kat blog korang. Aku sekadar menahan sedikit masa aku untuk berblogging.

Perkara di atas bukanlah sebenarnya tujuan utama aku mahu menaip untuk kali ini. Aku sekadar ingin melempiaskan rasa benggang aku pada manusia yang hanya mahu betul sahaja. Tidak boleh ditegur, tidak boleh ditegah pasti manusia ini akan cepat melenting. Kalau mengata atau memaku orang dia paling top, tapi bila orang lain buat benda yang sama tahu pula nak berkecil hati. Membenci orang tak tentu pasal. Even, manusia lain tidak kacau pun hidupnya.




Peribahasa ada menyatakan, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana. Aku sendiri pun tak tahu nak kata apa dan buat apa lagi dengan jenis manusia yang macam ini. Jalan yang termudah aku ambil sekrang ini, biarkan saja manusia itu terus dengan sikap tak makan samannya. Belum terkena di batang hidung sendiri memang segak. Bila sudah terkena nanti baru nak teresak-esak.

Selesai cerita tentang itu, kita beralih kepada manusia yang jenis sibuk dengan hobi peribadi sampai lupa tanggung jawab diri sendiri. Manusia jenis ini ramai juga. Masing-masing sedar akan tanggungjawab tu, tapi tak mahu melaksanakannya. Apa kes? Kalau mahu dikira malas, aku pun malas juga. Tapi bila aku fikirkan balik, tanggungjawab tetap tanggungjawab. Suka atau tidak itu bukan masalah besar. Bila tanggungjawab tu tak terlaksana, itu memang besar mudaratnya.

Manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Masing-masing sudah tahu menilai baik buruk sesuatu perkara, agaknya. Jadi kenapa mahu menyerlahkan sifat-sifat yang kadang kala kita tak perasan yang sebenarnya kita sedang menyakitkan hati insan lain. Entri ini bukan ditujukan untuk manusia yang berperangai sebegini sahaja, tetapi juga sebagai peringatan kepada diri aku sendiri dan untuk anda yang sedang membaca.



Lastly, aku ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan penulisan aku ini. Bukan niat untuk menyakiti tetapi sekadar mengubati. Sesuatu yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu dari diri aku. Sama-samalah kita tegur menegur dan memperbaiki diri ni. Insya Allah.


Sekian, wassalam.

8 comments:

Nazifa M.Zali said...

manusia mcm2 peel nye.

Nobita Sensei said...

terbaik, memang terbaik.

Encik Suami said...

Teguran itu penting bagi memperbetulkan apa yg patut.
yang penting..kita jgn pandang siapa yg tegur kita..sebaliknya..fikirkan apa yg ditegur.barulah kita buleh muhasabah diri kan?

jemput terjah new entri

1) Mood:Tak Byk Cakap

Nadhirah AR said...

sekarang pun ramai yang suka anggap diri sendiri betul . saya pun kadang-kadang tak terlepas jugak . lepas tu nanti , mula la nak menyesal kan , hurm ....

Hafiz Hafizol said...

woah.. apabila zikery hassan berbicara.. lalalala

Fariehan Ibrahim said...

sgt nice! >.<
kata2 dari hati Incik Zikery. ^_^

syairahmohdanuar said...

org sekarang cepat sgt rasa bgs -__-'

Fatin Aliyya said...

yeah, kdg2 aku pun lalai gak x dpt dinafikan kita manusia biasa tp saling berpesa2 tue sduh merupakan kewajipan buat kita.thnx 4 d entry.nice.short n sweet

Blog Widget by LinkWithin