13.2.11

Bukan Kerana Nama

Assalamualaikum.





Aku masih tidak faham dengan segelintir manusia yang menganggap menulis blog hanya mahu mengejar kemahsyuran, nama dan wang ringgit. Adakah mereka yang di luar sana tahu betapa susahnya untuk membuat sesuati entri yang berkualiti dan mampu untuk menarik pembaca, terutama yang tiada blog. Aku juga masih tidak faham, kenapa masih ada yang cuba menjatuhkan antara satu sama lain?

Bagi yang mempunyai blog, terutama anda yang suka memplagiat hasil penulisan orang lain tanpa kredit, tidakkah anda berasa bersalah? Aku berkata sebegini bukan apa, aku hanya ingin mengingatkan diri aku sendiri juga. Jikalau kita menulis blog kerana mahu cepat popular, tiada kenikmatan yang akan kita perolehi. Jikalau ada suka begitu, silakanlah kerana aku menulis bukan kerana nama.

Bagi yang mengomen, janganlah gemar mencari kesalahan orang lain. Jika betul seseorang itu bersalah, tegurlah dengan cara yang paling berhemah. Apa bila sudah memecahkan tingkat rumah orang, janganlah pula bersembunyi di sebalik lalang semak samun. Janganlah cuba untuk mencetus kontroversi dan mencari publisiti murah. Jika anda gemar begitu, teruskanlah kerana aku menulis bukan kerana nama.

Jadi, letakkan usaha semampu anda untuk menghasilkan entri yang menarik dan berkesan. Jadilah pembaca yang boleh berfikir dengan waras. Jadilah penulis yang mempunyai keikhlasan ketika menulis. Insya Allah everything will be okey and fun. Jika anda begitu, baguslah kerana kita menulis bukan kerana nama.

Aku rasa itu saja. Jika ada sebarang kekhilafan aku ingin meminta maaf. Jika ada terlanjur kata aku ingin memohom ampun. 


Sekian, wassalam.



13 comments:

aLieF si Muncung ManiS said...

betul tu..alief pun walaupun masih budak mentah dlm dunia blog,alief sentiasa berusaha menghasilkan entry yang boleh menarik minat pmbaca..yang penting alief puas sbb entry tu alief buat sndiri dan bukan copy paste..thanx bro,,nice sharing here..huhu..

ENTRY BARU ALIEF-->sape cakap lelaki ber blog itu loser??you are freak..lelaki berblog itu stylo dan cool okay.."

Nazifa M.Zali said...

aku mengomen bkn kerana nama.ehee

setuju sesangat!
kita berblog mcm berkawan kan?
saling melengkapi antara satu sama lain

Mahirararara said...

niat asal blogging mmg utk suka3 . femes ke masyhur ke ape ke tak peduli pun .
tulis ape saje yg sy suka . org lain terasa peduli ape selagi sy tak mention siap beliau haha ;)
btl3 , klu plagiat tanpa kredit sgguh ta sopan bha .

Tuan Cimot said...

hehe..entri yg memberi keinsafan dan peringatan..hoho

Unknown said...

pergh,,bile ko taip nie,,,aku suke3x,,haha,,,

hC said...

yess ,
sangat SANGAT setuju !!

yayalya said...

sy bt blog sbb saya suka menulis, share something yg berguna... dan dulu sy tak terfikir blog ni boleh jd perbalahan diantara blogger mengenai isu2 plagiat, follow atau apa2 pon.. tp makin lama br sy sedar semua tu... huhuhu

sy singgah dr Sb...hye selamat petang!

LADYHEART said...

wat blog ni tok suke2 je..
yg wat blog ni mostly pada yg suke mbaca,menulis n stros nye merapu n merepek..hehe..
xslh pon nak wat blog..sape yg ckp cam 2 name nye KEDENGKI~~~hehe

Eija Hassan said...

sokong sgtt ngan entri ni.
blog bukan utk cari publisiti.
bt blog utk kepuasan dri sndri.
klao ade org bce..alhamdulillah.
tp klau tade pun tape cz yg pnting tuan blog puas hati & hepi (;

Mizz Farah said...

yeahhh...tepat skali..sy sokong..
ingat senang ke nak wat entri yang berkualiti..huhu jenuh nk perah otak smpai kekadang tu takleh nak perah lagi..bile entri tak besh..ramai la kutuk kutuk..hmm..takpelaa..blogger skang da pandai menilai~ :)


nak wat tesis...jom~ ;p

naqiah said...

:)

Fatin Aliyya said...

sgt2 setuju.ak blog pn suka2.pastu jmp meber ygt kamceng mcm ko dn kwn2 blogger yg laen ,sngt meriah aku rs dunia blogging even taklah peymes mn diri ini.rs mcm satisfaction dr dlm diri tue lbh meaningful.:D

amny said...

sokong2x!!:)

Blog Widget by LinkWithin